NAMA BETUL
Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Topik bagi pelajaran ini :
a) Kata Nama Am
b) Kata Nama Khas
c) Perbandingan Kata Nama Am dengan Kata Nama Khas
KATA NAMA AM
· Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
· Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang | ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll |
binatang | ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll |
tumbuh- tumbuhan | pokok, betik, rumput, lalang dll |
benda | pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll |
tempat | pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll |
· Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
· Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
· Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. | Pada akhir ayat |
Gajah itu berbadan besar. | Pada awal ayat |
KATA NAMA KHAS
· Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
· Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
· Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
· Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
· Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia | Zaidi, Mei Fong, Subramaniam |
binatang | Tompok (kucing), Jalak (ayam) |
tempat | Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) |
bangunan | Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) |
judul buku | Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) |
benda | Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam) |
PERBANDINGAN KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS
Kegunaan | Kata Nama Am | Kata Nama Khas |
Benda | bangunan kereta buku sekolah | Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau |
Orang | doktor kerani guru budak lelaki | Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi |
Binatang | kucing lembu katak ayam burung | Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Burung Murai |
Tempat | negeri bandar kampung tasek | Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana |
Tumbuhan | pisang cili jambu limau | Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi |




0 ulasan:
Catat Ulasan